Cabaran pendidikan anak masa kini
Proses mendidik anak masa kini sangat jauh bezanya dengan mendidik anak semasa zaman ibu ayah kita dahulu. Hari ini anak kita begitu terdedah dengan dunia tanpa sempadan.Dunia gajet yang menghanyutkan dan membawa kehidupan anak dalam kehidupan maya yang tidak boleh dikawal.
Ditambah pula dengan hidangan media elektronik yang begitu interaktif sangat kuat tarikannya dalam mencuri masa masa emas anak anak kita. Pengaruh rakan sebaya yang cuba membawa kepada kehidupan hedonisme, dunia penuh hiburan dan bentuk permainan yang tidak pernah tergambar dalam benak pemikiran kita suatu ketika dahulu.
Proses membaja dan menyemai anak kita adalah terlalu sedikit berbanding unsur yang boleh merosakkannya. Apakah solusinya...
Solusinya ialah kita perlu menyediakan program untuk mereka. Biar ada dalam kehidupan mereka dengan program Alquran. Bersama dengan rakan sebaya yang mempelajarai,menghafaz dan mengaluni bacaan Alquran. Selain dapat memenuhi masa berkualiti mereka dalam masa yang sama anak kita akan menjadi generasi yang tidak buta Alquran, Jiwa yang lembut dengan Alquran dan Kepintaran kognitif atau IQ yang terhasil dengan kaedah pembelajaran Alquran.
Ingatlah, anak kita adalah aset kita. Setiap belanja yang kita keluarkan dalam pendidikan kita adalah infak berpanjangan yang akan dibawa sebagai aset akhirat kita. Bacaan Alquran yang baik dan lancar oleh anak kita adalah khazanah permata kita yang bakal dibacakan untuk kita ketika berada di alam kubur yang amat memerlukan bantuan dari doa anak yang soleh dan solehah.
Mari menjadikan anak anda ahli keluarga kami
Jom Semarakkan Alquran





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.