Friday, August 31, 2018

KE MANA MASA ANAK PERLU DI PROGRAMKAN


Cabaran pendidikan anak masa kini

  Proses mendidik anak masa kini sangat jauh bezanya dengan mendidik anak semasa zaman ibu ayah kita dahulu. Hari ini anak kita begitu terdedah dengan dunia tanpa sempadan.Dunia gajet yang menghanyutkan dan membawa kehidupan anak dalam kehidupan maya yang tidak boleh dikawal.
Ditambah pula dengan hidangan media elektronik yang begitu interaktif sangat kuat tarikannya dalam mencuri masa masa emas anak anak kita. Pengaruh rakan sebaya yang cuba membawa kepada kehidupan hedonisme, dunia penuh hiburan dan bentuk permainan yang tidak pernah tergambar dalam benak pemikiran kita suatu ketika dahulu.

  Proses membaja dan menyemai anak kita adalah terlalu sedikit berbanding unsur yang boleh merosakkannya. Apakah solusinya...

  Solusinya ialah kita perlu menyediakan program untuk mereka. Biar ada dalam kehidupan mereka dengan program Alquran. Bersama dengan rakan sebaya yang mempelajarai,menghafaz dan mengaluni bacaan Alquran. Selain dapat memenuhi masa berkualiti mereka dalam masa yang sama anak kita akan menjadi generasi yang tidak buta Alquran, Jiwa yang lembut dengan Alquran dan Kepintaran kognitif atau IQ yang terhasil dengan kaedah pembelajaran Alquran.

  Ingatlah, anak kita adalah aset kita. Setiap belanja yang kita keluarkan dalam pendidikan kita adalah infak berpanjangan yang akan dibawa sebagai aset akhirat kita. Bacaan Alquran yang baik dan lancar oleh anak kita adalah khazanah permata kita yang bakal dibacakan untuk kita ketika berada di alam kubur yang amat memerlukan bantuan dari doa anak yang soleh dan solehah.


Mari menjadikan anak anda ahli keluarga kami
Jom Semarakkan Alquran






HARI KELUARGA NADI


Rumah Terbuka Nadi Albaghdadi Taiping

Alhamdulillah, Nadi Albaghdadi Taiping sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwah sesama ibu ayah dan anak anak yang menuntut ilmu Alquran di pusat ini. Setiap kali Aidilfitri kita telah berjaya menghubungkan ukhuwah sesama ahli keluarga besar Nadi Taiping melalui program ini.
Nadi Albaghdadi Taiping bukan sekadar hafazan....

Rumah Terbuka Nadi 2018







KELAS TALAQI DEWASA


 Kelas Talaqi Am & Khusus Dewasa

- Untuk mereka yang sudah boleh membaca Alquran tetapi ingin menambah baik bacaan dan tajwid
- Bacaan beramai-ramai
- Bacaan Individu
- Diselang seli dengan tafsiran ayat dan pengajaran ayat



DAFTAR DI SINI

KELAS DEWASA ASAS (TAMHID & TAJWID)


Kelas Asas Dewasa ALC

- Bermula dari Asas
- Menggunakan Kaedah Ketuk ketuk Albaghdadi
- Menggunakan Kitab Tamhid dan Tajwid Modul Albaghdadi
- Pembelajaran secara beramai-ramai
- Baca Ramai-ramai
- Ustaz tak tanya soalan
- Tak perlu baca sorang sorang
- Pembelajaran menarik dan seronok
- Kaedah cepat belajar Alquran





DAFTAR DI SINI


KELAS HAFAZAN NADI (HAFAZAN NEOROFISIOLOGI)


Kelas Hafazan Nadi (Hafazan Neorofisiologi)

- Hafazan menggunakan teknik dan modul Nadi Albaghdadi
- Hafazan dengan pengaktifan otak kanan dan kiri
- Hafazan santai dan menyeronokkan
- Hafazan secara tertib,mengundur,ganjil dan genap
- Melahirkan pelajar pintar dan penghafaz alquran cilik.

KELAS ASAS ALQURAN ALC KANAK KANAK


1. Program ALC untuk Kanak kanak

- Menggunakan Modul Tamhid dan Tajwid Albaghdadi
- Menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantu mengajar
- Sessi pembelajaran yang menarik
- Pengaktifan otak kanan dan kiri
- Pembelajaran dari asas






DAFTAR DI SINI

KELAS TALAQI KANAK KANAK- TALAQI AM & KHUSUS


. Program Talaqqi untuk kanak-kanak

- Program Talaqi Am dan Khusus
- Pembacaan Alquran dengan tajwid yang betul
- Menghabiskan 30 juzuk Alquran bersama ustaz/ustazah
- Pembacaan secara beramai ramai dan khusus
- Terbuka untuk 7 hingga 17 tahun yang berkelayakan

Program Luar Nadi Albaghdadi Taiping


Program Luar secara tahunan atau dwi tahunan

1. Kem Motivasi Tahfiz Nadi

Telah berjaya menganjurkan 2 siri iaitu siri satu 2016 dan siri 2 2017

- Terbuka kepada anak anak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun
- Melahirkan anak anak yang berakhlak Alquran
- Melahirkan anak yang minat dengan Alquran

Kem Nadi 2016

























Kem Nadi 2017



























2. Program Ben 10 Nadi Albaghdadi Taiping

Kursus Hafazan singkat untuk anak-anak sekitar Taiping sebagai suatu pendedahan teknik Hafazan Nadi





Thursday, August 30, 2018

KE MANA MASA ANAK PERLU DI PROGRAMKAN

Cabaran pendidikan anak masa kini   Proses mendidik anak masa kini sangat jauh bezanya dengan mendidik anak semasa zaman ibu ayah kita da...